Friday, January 23, 2009

Tiga minggu sudah berlalu, latihan fizikal makin mencabar dan amat sukar aku nak melaluinya.
Ditambah lagi dengan masalah lutut ini yang menghadkan larian. Kalau berlari atas tar sangat menyeksakan dan terpaksalah aku berjalan berselang seli dengan berjogging.
Apa nak dikata, aku terpaksa melaluinya dan menyedarkan aku betapa pentingnya menjaga kesihatan diri. Aku teringat kata - kata "Lebih baik mencegah dari merawatnya".

Pengalaman menghidapi penyakit ini memberikan aku idea untuk menulis tentang "sport injuries" dan aku mesti mula mencari maklumat tentangnya.

No comments:

Post a Comment