Thursday, January 29, 2009

Sport Injuries
Kecederaan ini berlaku ketika bersukan atau bersenam. Ia terjadi kepada mereka yang aktif dalam pelbagai sukan dan juga mereka yang bersenam. Terdapat berbagai jenis kecederaan bergantung kepada jenis sukan yang dimainkan oleh atheletes. Sebagai contoh knee ligament injuries, tendonitis, overuse injuries, bursitis, dan lain-lain lagi.

Mengikut pengalaman rakan saya yang menghadapi kecederaan ligamen di lutut. Dia tercedera ketika bermain hoki. Saya pun tak ingat sama ada lututnya itu terkena kayu hoki atau bola hoki tapi memang sakit. Dia terpaksa menjalani beberapa pembedahan untuk menggantikan ligamen yang terkoyak. Walaupun selepas surgery, dia tak boleh aktif seperti dulu. Berlari pun sukar memandangkan aktiviti ini memberi impak kepada lutut apatah lagi atas permukaan yang keras seperti tar.

Osteoarthritis yang saya alami sekarang ini, bukanlah disebabkan sukan atau senaman yang saya amalkan tetapi cartilage di lutut saya menipis dan menyebabkannya bergesel ketika berjalan. Itulah yang menyebabkan kesakitan di lutut. Biasanya orang tua yang mengidap penyakit ini tetapi tidak mustahil kepada mereka yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Oleh kerana itu, saya pun terseksa hendak berlari atas permukaan yang keras untuk jangka masa yang panjang. Terasa ngilu.

No comments:

Post a Comment