Thursday, May 28, 2009

PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Kecederaan Semasa Bersukan
Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Kecederaan semasa bersukan disebabkan berbagai faktor seperti tidak cukup melakukan aktiviti pemanasan badan dan kurangnya latihan.

Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan.
Kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan disebabkan:
• Pertembungan di antara satu sama lain
• Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan
• Jatuh
• Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan

Jenis-jenis kecederaan semasa bersukan:
• Luka-luka
• Hentakan
• Terkehel/tergeliat
• Ketegangan
• Terseliuh
• Patah tulang

Jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersukan:
• Kapsul sendi koyak
• Konklusi otak akibat hantukkan
• Kecederaan dalam abdomen
• Patah/terseliuh pada tulang dan sendi - sendi


Perbezaan di antara terseliuh dengan ketegangan:
Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan
merujuk kepada ketegangan di otot.
Contoh: Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.

Tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan:
• Sakit - di tempat yang cedera
• Bengkak - di tempat yang cedera
• Lebam - kebiruan di tempat kecederaan
• Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan
patah)
• Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti
biasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)
• Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan
• Pening - terjadi semasa kecederaan otak
• Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak
Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat kecederaan semasa bersukan.

Penilaian terhadap kecederaan
a) Prosedur yang digunakan untuk menilai kecederaan dikenali sebagai TOTAPS
T bermaksud talk iaitu anda digalakkan bercakap dengan atlit yang cedera untuk mengetahui tahap kecederaannya. Sebagai contoh: sakit dimana?, bagaimana ia berlaku?

O bermaksud observe iaitu memerhati keadaan orang yang cedera seperti lebam, bengkak dan sebagainya.
T bermaksud touch iaitu menyentuh tempat yang cedera.
A bermaksud Active More iaitu pergerakan aktif. Atlit diminta bergerak tanpa memberi bantuan kepadanya. Pergerakan yang terhad dan rasa sakit yang amat sangat menunjukkan keperluan rawatan perubatan.
P bermaksud Passive iaitu pergerakan pasif. Jika kecederaan atlit kurang jelas, minta atlit melakukan regangan otot secara perlahan. Jika masih rasa sakit, atlit perlu direhatkan dan dapatkan rawatan.
S bermaksud Stand iaitu berdiri. Atlit yang cedera disuruh berdiri dan seterusnya melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari, melompat dan sebagainya. Ulang aktiviti jika kecederaan masih tidak dapat dikenalpasti.

b) PEMERIKSAAN AWAL DRABC
D bermaksud danger iaitu kita mematikan kawasan sekeliling selamat.
R bermaksud response iaitu kita cuba mendapatkan tindakbalas daripada atlit yang cedera untuk mengetahui tahap kecederaan.
A bermaksud airway iaitu memastikan saluran pernafasan mangsa tidak tertutup.
B bermaksud breathing iaitu kita periksa pernafasan mangsa sama ada masih bernafas atau tidak.
— Dewasa-60-80 denyutan/minit
— Kanak-kanak- 80-100/minit
— Bayi – 100-120 / minit

PEMERIKSAAN LANJUTAN (KEPALA KE KAKI)
Utamakan kecederaan yang serius, sebelum merawat kecederaan ringan.
Contoh: a) gangguan pernafasan
b) pengsan
c) Pendarahan yang serius
d) Kecederaan tulang belakang

Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan:
Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau
bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh
mendatangkan bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar
perubatan yang professional.

Prinsip asas ialah RICE.

R -'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.
Rawatan menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan.
Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil Cold Compression. Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais.
Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.
3 jam pertama
• Lakukan Cold Compression selama 10 -
15 minit setiap setengah jam
• Lakukan Cold Compression sebanyak 4 - 5
kali sehari selama 15 - 20 minit
• Kompresi panas mungkin boleh digunakan

Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat
• Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24
jam
• Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh
• Kecacatan struktur yang jelas
• Sakit semasa tidur
• Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa
• Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkan
rawatan segera di hospital.

Cara untuk mencegah kecederaan semasa bersukan:
Langkah-langkah yang penting ialah:
• Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis
sukan seperti topi keledar untuk menunggang, meluncur atau menggunakan papan
luncur
· Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju
• Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate
• Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh
• Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan
• Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau
selesema
• Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda
dari kecederaan
• Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda
















RUJUKAN
Wee Eng Hoe, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Edisi 2, Karisma Publication 2009.
First Aid and CPR, Gading Institute Sdn. Bhd.
http://en.wikipedia.org/wiki/Physical_education
http://ezinearticles.com/?The-Truth-About-Our-Physical-Education-History&id=68556

No comments:

Post a Comment